Ada waktu kita kena belajar untuk mengucapkan bye bye dengan penuh bergaya tanpa berpaling lagi. Ada ketika juga kita kena belajar menerima kehilangan sesuatu yang kita suka tanpa menitiskan air mata. Malah banyak masa kita kena belajar menerima suasana dan gaya hidup yang berbeza tanpa mengeluh panjang… begitulah hidup manusia; datang dan pergi.
Kadang kala bila kita dah bersedia dengan segalanya maka kita lupa kepada kelemahan kita, itu la aku hari ini tatkala aku format komputer aku lupa nak backup file file penting aku; My Sassy Girl, 1st Thing Called Love, dan koleksi MP3 bersize 140gb. Kesedihan kehilangan My Sassy Girl adalah rare, tapi kesedihan hilang cite siam tu sangat memilukan hati kerana aku belum tengok habis lagi since Jan 2011. Sungguh fakap… bertambah fakap bila aku dapati external yang aku bajet nak wat backup rupanya memang dah tersedia ada, cuma tak transfer file. Again aku rasa sungguh fakap. Dan tahap kefakapan ini bertambah bila aku dapati aku tak transfer file file mp3 yang bergelimpangan. 140% aku rasa fakap… oh god!
Dalam hidup, ini dinamakan kesilapan. Kesilapan yang tak mungkin bole aku maafkan… dan hukuman yang aku terima ialah download kembali senarai senarai utama itu. Dimatematikkan 140gb bahagi dengan 5mb samadengan 28,000.00 file. Ditheorykan dalam 28,000 itu separuh adalah lagu koleksi rare yang sukar didapati dan sukar diingati oleh manusia seperti aku. Yang aku ingat hanyalah senarai lagu Too Phat, Eminem dan Airplane. Kefakapan bertambah. Demmit.
Kisah ini adalah sekadar cerita di dalam cerita. Kisah aku dengan komputer, cerita aku dilipurlarakan oleh aku dalam keadaan sangat fakap. Mungkin kisah ini pernah dialami oleh sesiapa saja, mungkin cerita ini sama dengan yang lain. Aku fikir begitu sebab aku nak chillkan kembali mode aku, kerana pada saat aku menulis ini aku rasa kebodohan melampaui batas telah hinggap di atas diri aku. Mencari kundalini, tak kunjung tiba… sekadar nak mintak pusingkan waktu, sebelum aku mencuba restore dan format komputer…
Rest in peace;
My Sassy Girl (2007 – 2012)
1st Thing Called Love (2011 – 2012)
Fantastic MP3 (2006 – 2012)
♫ Can we pretend dat ♪ airplanes in the nite sky ♫like a shooting stars? ♪
♪ so i could really use a ♫ “wish rite now”; ♪♫ wish rite now. ♫ Wish rite now. ♫