26.Jan.2012
Ni hari ke 23 sejak 03.Jan.2012, baru aku sedar waktu tidur aku sudah lain dari kebanyakan manusia. Malah, baru aku tahu tahap kemampuan aku tidak tidur hanyalah 72 jam straight. Aku ingatkan aku super saiya, rupanya hanyalah manusia biasa…Berdasarkan perbualan ilmiah, aku dapati ada beberapa jenis cara tidur yang pernah, sedang dan akan diamalkan oleh manusia.

Ada yang mencadangkan aku tidur sekejap (sekitar 40 mins) setiap 4 jam. Maka secara mathematic purata tidur akan menjadi;
24 / 4 = 6 x 40 = 240mins ≈ 4hs
Dalam erti kata mudah, 4jam tidur untuk setiap 24 jam dan dengan jelas akan mempunyai 20 jam lebih untuk senggang masa seterusnya. STOP! Bukan 20 jam straight tetapi 20 jam setelah dicampur. Jadi cara ini tidak effective untuk gaya hidup aku sekarang. Next…
Satu lagi style yang agak best kedengaran ialah tidur sekitar setengah jam setiap enam jam. Dimatematikkan dalam sehari ada 4 kali 6 jam, means;
4 x 30 = 120mins ≈ 2h
Ironi, 2jam tidur adalah tidak mengcukupi; sekurangnya kepada aku. Seyeshyt! Lagipun masa jeda tidak relavan dengan waktu kerja 1 phase tahun ini. Next?
Ada yang cakap, tidur seawal jam 10pm dan bangun seawal 2am. Kendian sambung tidur jam 3am kendian bangun balik kol 5am. Sambung tidur pula jam 1pm dan bangun 2pm. Kedengaran nikmat sangat, kalo dibuat math akan menjadi;
(10pm : 2am) + (3am : 5am) + (1pm : 2pm) = 6h
24 – 6 ≈ 18h.
Holly… 6h waktu tidur adalah mencukupi. Melihat gaya hidup, aku masih belum mampu melaksanakan cara tidur ini… maklum la lom ada staff. Hihihi…
Sebaliknya, aku beramal dengan gaya dan style lama. Aku tidur penuh setiap selepas tiga hari, bermula jam 2am sampai 7am. Purata ialah 5 jam setiap 72 jam. Secara mathematic;
3d x 24 = 72h - 5h = 67h
Aku rasa awesome, tapi ada juga yang kata gaya tidur ini seperti syaitan. Sebenarnya cara tidur ini tidak normal, kerana pada jam ke 50 ~ 60 maka otak akan gagal menafsir kejadian logic yang bersandarkan kepada Theory Sebab & Akibat, dan pada jam ke 60 ~ 72 akal gagal berfungsi secara normal… dan jam ke 72 memang confirm akan terlelap, hatta sambil berdiri.