“Bukan senang hendak menang, apatah lagi jadi juara…
Bukan senang hendak jadi bintang, apatah lagi jadi lagenda...”
(Cuba Lagi, Malique 2011)
Kehadapan mereka manusia² yang berkepentingan,
apa khabar. Aku sekadar mahu menulis untuk pengetahuan seseorang. Walaupun tidak dibaca hari ini, lambat laun dia pasti baca. Maka aku pun mula menekan keyboard…
Memandang kembali ke belakang seketika, kebanyakan masa yang ada ialah aku dan keluhan. Membosankan. Ada ketika juga, aku rasa nak putus asa… kembali kepada normal. Aku cuba mencari sentosa, mencari damai di dalam konfrantasi yang aneh. Aku cuba menyamar menjadi yang terbaik di dalam situasi yang ganjil. Aku cuba menjadi yang cool di dalam keadaan yang huru hara. Penamatnya, aku tetap menjadi mangsa. Mangsa kepada diri sendiri dalam mencapai garis permulaan kehendak dan keperluan. Aku tersepit… sehingga hampir berputus asa. Di saat aku hampir berputus asa, aku bukak kembali mazhab² lama yang pernah aku puja, yang aku salin kembali dalam komunikasi virtual. Aku baca, aku cuba faham, aku cuba mengerti. Aku pejam mata, aku nampak aku. Aku tengok cermin, juga nampak aku. Diri sendiri. Bukan orang lain. Saat itu, baru aku mengerti… aku di sini kerana aku, bukan kerana orang lain.
Di saat itu juga, aku mula belajar sesuatu yang selalu diulang² suatu ketika dulu; TIDAK SEMUA IMPIAN MAMPU KITA CAPAI. Kini, aku tidak keliru lagi dengan ayat itu kerana aku sudah mula faham, mengerti dan memahami erti sebenar yang tersurat dan tersirat. Kau faham? Mungkin tidak mampu memahami sepenuhnya, tapi mengerti separuh juga sudah jadi. Begitulah dalam hidup, ada kala apa yang kita impikan tak mampu kita capai… tapi, bila mengukur usaha yang kita terjemahkan dalam mencapai impian itu maka kita sudah mampu tersenyum dan berpuas hati. Ini adalah usaha aku… ini adalah aku. Diri aku, seperti refleks cermin. Macam hip hop. Beberapa bulan itu juga, ada seseorang yang setia… sanggup mencipta masa depan bersama. Sudi untuk bersama, selamanya. Sampai ke akhirnya, sampai mati. Tapi, aku lewat. Aku terlewat untuk memahami, aku terlewat untuk mengerti… kerana aku noob. Di saat aku yakin, aku sudah mula menerima, tiba tiba sudah sampai masa untuk berpisah… walaupun, sedikit kecewa tapi aku gembira, kerana mereka bakal disatukan. Jaga dia elok elok. Aku tak sedih, cuma terkilan dengan diri sendiri. Terlalu memuja dan mengejar sesuatu sehingga aku lupa siapa di sisi. Sungguh tagune. Demmit. Aku belum belajar dari kesilapan ini… satu² kesalahan mandatori. Tapi ia bersifat sementara, memandang kembali theory “Pertukaran Sama Nilai” maka aku rasa ia agak berbaloi. Biarkan la… sekurangnya aku dah ada di sini demi masa depan yang pernah cuba dicipta bersama. Hihihi… Kembali kepada fitrah, aku menjadi manusia… sebenar² manusia yang mempunyai agama untuk diamalkan, yang mempunyai impian untuk dikejari, yang punyai YME untuk dipuja… aku rasa penulisan aku kali ini kosong. Tanpa ilmu. Sungguh, aku cuma mengimbau detik 3 bulan yang lalu… aku yang tanpa arah tuju. Hidup 3 bulan lepas sangat membosankan. Ada kawan kepada kawan kepada kawan aku bertanya; kenapa kau sudah tidak melukis.Baru aku sedar, aku cuma melukis bila aku rasa kosong… beberapa bulan ni aku x melukis, means aku x rasa kosong. Busy bekerjaya, barangkali. Hihihi…
Kau apa cerita, sudah lama tak berbual dan bergelak tawa… sudah hampir setahun. Aku tahu kau hidup elok, makan sempurna. Tapi ada waktu aku terfikir juga; kau apa khabar? Ingin aku call, tapi nanti rasa menyampah. Ingin aku sms, tapi nanti aku plak rasa meluat. Aku lebih selesa berbual face to face dengan kau… kau rindu aku? Sila rindu aku, sebab aku sentiasa rindu nak buli kau. Ada masa, nanti aku gi melawat kau sambil buli kau cam dulu. Aku suka. Hihihi!
- Mohd Samsul, Pasir Puteh Kelantan.